Sunday

Tips: Bila Gambar Lekat Pada Frame




Lepas DIY deco haritu, Is ada tinggalkan gambar dalam frame baru, lebih kurang 3 minggu jugak la... Tengok-tengok, dia dah STUCK! Aduhhh waktu tu memang bingung, lebih2 lagi bila gambar pada edges pecah2 bila Is tarik secara paksa.

 

Oh No! Cemane boleh melekat ni?


BP tahu tak, antara sebab kenapa gambar boleh melekat pada cermin bingkai gambar adalah kerana; temperature yang panas ataupun; basah kena air. Sebenarnya, bilik yang sejuk dan gelap adalah lebih elok untuk penjagaan gambar. Tapi kita dekat Mesia yang beriklim panas, memang berkemungkinan tinggi akan ditimpa masalah ni.

Meh Is share sikit beberapa pointer pada BP yang menghadapi masalah yang sama. Mungkin BP boleh cuba antara teknik2 dibawah untuk selamatkan gambar tersebut.


Antara teknik yang boleh dicuba..


Kalau disebabkan cuaca:

1) Tinggalkan dalam freezer seberapa lama yang perlu.

2) Kalau gagal, cuba rendam dalam air yang sejuk pula.

3) Kalau MASIH gagal, boleh cuba gunakan blow dryer. Jangan blow direct; berikan gap atau ruang sedikit supaya gambar tidak rosak.

Kalau basah pula:

Gunakan teknik (3) atau biarkan dia kering dengan sendirinya pada room temperature.



** Nota Penting:
Tips ni tak semestinya berkesan 100%. Kalau gambar dah lama melekat, ada potensi gambar tu memang dah rosak. Untuk selamat, sebelum buat apa2 tu, gunakan kamera dan tangkap gambar yang melekat ni (kalau takde soft copy atau negative gambar tu la). Jadi in case bila gambar rosak, sekurang-kurangnya BP masih boleh print semula. :) Apa2 pun, selamat mencuba!

0 Orang Cakap Hai! :):

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting