Duit
hantaran bukanlah sesuatu yang wajib seperti pemberian mas kahwin. tapi ia dibenarkan di dalam Islam. Irony-nya, mas kahwin
yang wajib tu tak sebanyak duit hantaran pun.
Bahkan, rata-rata duit hantaran ada yang sampai 100x ganda mas
kahwin!
Masyarakat
sekarang kalau sebut je duit hantaran, mindset semua mesti fikir
ianya bergantung kepada taraf pembelajaran si perempuan. Benda tu dah
jadi benchmark untuk kebanyakkan orang.
Toksah nak follow sangat
la Cik Kiah oii... Kalau ikut sangat, camtu kesian la lelaki yang
berkenan dengan si perempuan yang berPHD. Silap2 duit hantaran dah
sama jumlahnya dengan perbelanjaan majlis perkahwinan nanti.
Jangan cakap pasal kadar peningkatan maksiat je, isu ni juga adalah antara punca
kenapa ramai orang muda ambik loan. Dan akhirnya fasa awal
perkahwinan dah terasa sakit nak bayar balik hutang tersebut.
Lebih2 lagi kalau pasangan baru lepas belajar dan
masih berjinak dengan dunia kerja. Ada yang nak
quit kerja sebab kerja tak sesuai lah, plan nak belajar balik la,
etc. Tu tak termasuk lagi hutang PTPTN.
Sekadar Renungan...
Sabda
Rasulullah SAW, "Wanita yang paling banyak mendapat
kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya
dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang
mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.”
Tak
dinafikan, rata-rata ibubapa mesti nak duit hantaran yang tinggi
untuk anak perempuan mereka atas sebab menjaga air muka. Bagi kebanyakkan orang, ianya boleh dianggap seperti maruah diri. Kalau duit hantaran
murah, takut nanti apa orang lain kata. Yang silapnya, maruah
diri tu sememangnya tak boleh dibeli. Takde price tag. Apa yang
penting ialah hubungan si perempuan dan si lelaki menjadi halal
mengikut tuntutan agama. Jadi, kalau si lelaki dan keluarga kurang
berkemampuan, inilah gunanya kedua-dua belah keluarga untuk berbincang bersama sehingga capai kata sepakat.
Apa Yang Boleh Dibuat:
- Betulkan niat: Untuk menikahi pasangan mengikut ajaran agama secara elok dan bersederhana.
- Kerap lakukan solat sunat.
- Sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan dan agar dilembutkan hati ibubapa.
- Percaya dengan sepenuh hati bahawa Allah maha penggerak hati2 manusia.
- Usaha (lelaki dan perempuan): Cuba dapatkan persetujuan dari kedua belah keluarga.
- Berunding seelok mungkin. Slow-talk.
- Tawakkal: Percaya pada ketentuan illahi. Kalau ada jodoh, insyaaAllah semuanya akan lancar.
0 Orang Cakap Hai! :):
Post a Comment