Awalnya Is rancang untuk order online je memandangkan banyak online
vendors yang menjual kad pada harga yang berpatutan dengan diskaun
yang menarik sekarang. Tapi Is akur ikut kehendak mak dan si dia yang prefer
shopping barang kasar, bukan virtual. Betul juga rationalnya; bila
pergi ke kedai sendiri, kita boleh check credibility penjual, survey
antara kedai-kedai berdekatan jadi lebih banyak pilihan, dan kepuasan
kerana dapat berunding dengan tuan kedai.
Sepatutnya
kami ke Jalan Pudu untuk survey kad memandangkan ramai orang cakap
kedai2 dekat situ murah. Tapi kami memang tak tahu selok belok jalan
di sana dan setelah terlepas jalan, akhirnya kami buat keputusan
untuk survey di jalan TAR sahaja. Waktu survey tu, kami singgah di
satu kedai yang mana interiornya sangat menarik dan grafiknya moden
dan cantik. Kat sana, kami tengok ramai customer yang datang untuk buat bayaran dan ambil tempahan kad mereka. Kami pun turut
tertarik untuk membuat tempahan. Jadi kami terus berurusan dengan
pekerja tersebut dan sanggup tunggu dalam sejam lebih untuk berurusan dengan tuan kedainya sendiri.
Nak jadikan cerita, indah khabar dari rupa.. Banyak betul dugaan berurusan dengan pihak mereka. Ready lah untuk membaca satu per satu yer..
Bad Service:
Seperti customer yang lain, kami berikan deskripsi kad
yang kami inginkan beserta info lain yang diperlukan. Is
teringin nak tambah isi kad tu dengan bacaan doa pengantin yang Is
dah siap google dalam fon dan tunjukkan pada pekerja tersebut. Tak
panjang sangat pun tapi dia malas, dan insist suruh Is emailkan sahaja pada
mereka. Is sendiri ambil initiative untuk ambil kertas dan pen dan
tulis sendiri doa tersebut untuk kesenangan kedua pihak.
Sewaktu
berunding tentang kad, Is dan tunang beritahu yang kami prefer
design yang simple jadi ingin ubah grafik pada kad pilihan tersebut.
Tuan kedai dengan selamba memberitahu kami ia tak cantik, kami
diam sahaja dan tetap dengan pendirian kami untuk alter sendiri.
Ikut kami lah.. kami yang keluarkan duit. Taste masing2 maa~ Sambil kami sibuk membetulkan spesifikasi kad supaya nampak lebih
simple, tuan kedai tu berdehem tanda tak puas hati. Dari mula lagi Is
kurang senang dengan layanan mereka, tapi memandangkan si dia yang buat bayaran, Is akur sahaja dengan pilihan kad dan kedainya.
Informasi yang salah
Sebelum balik, pekerja kedai tu minta Is
untuk emailkan detail lain sebelum mereka proceed untuk buat draft.
Berpandukan email yang ada pada invoice, Is pun emaillah pada mereka.
Terkejut Is bila tengok email tu bounce back. Berapa kali Is check untuk
pastikan spelling email adalah betul. Tapi tetap jugak bounce back.
Is ambil initiative untuk google sendiri nama kedai tersebut dan akhirnya jumpa facebook mereka. Is siap
double confirm nama kedai dan address mereka. Page likes mereka dah cecah
5K++ jadi mesti tempat nie reliable kan? Tengok2 email mereka dah
bertukar, rupanya email dalam invoice tak update. Is proceed dan
hantarkan pada email yg betul dgn remind mereka yang email pada
invoice tu salah in case mereka tak perasan, niat cuma nk infom je
tanpa niat lain.
Tak customer-friendly
Is tunggu dan tunggu tapi since takde reply,
Is pun messagelah facebook mereka untuk beritahu Is dah hantar
email pada address yang dinyatakan dalam facebook dan harap pihak
mereka dapat confirmkan kalau email tu dah diterima. Yelah, dalam
invoice email lain, dalam facebook pulak lain, manelah tahu kot2
dua-dua email tu takleh pakai, takut pulak info tak diterima pihak
mereka.. Karang sampai ke sudah takkan siap kad tu... tarikh majlis pulak makin dekat..
Tunggu punya
tunggu pun still juga tak dibalas. Jadi Is guna initiative lain pula;
whatsapp no. yang diberi, just nk tanya dapat tak email tu.. Yang tu
pun sampai ke sudah tak dibalas padahal dia online. Nak kata
reply message dari stranger, Is berikan nombor Is pada mereka. Nak
kata mereka tak tahu kad yang mana satu, Is siap tulis dengan no.
receipt sekali. Last resort Is message fon mereka terus untuk check
email time tu Is dah snappy sket. Lewat beberapa hari lepastu baru email Is dibalas (yang lain
completely ignored). Mereka suruh check draft... dan apa yang mereka
beritahu di akhir kata? “Tak perlu email/whatsapp/msg jika telah
reply.” Burn..
Kurang professional
Is dah beri
semua detail dalam borang yang mereka suruh isi (mereka dah suruh Is
tulis dan check sendiri info termasuklah tarikh kalendar Islam) dan
apa hasilnya? Design kad memang betul yg kami mintak.... tapi nama, alamat, tarikh,
format, semua SALAH! Apa lagi.. keluarlah bakat terpendam Is sejak
kolej dulu; mengedit je semua sampai ke sudah. Is siap suruh mereka
copy paste je yang Is dah betulkan. Tapi untuk test samada borang
info pasal Is tu mereka dah hilangkan atau tidak (dan jugak nak bagi diorang nie buat kerja siket), Is sengaja cuma
highlight dan tulis nota untuk mereka double check betul2 nama,
alamat dan tarikh. Nasib baik draft seterusnya tu betul.. Nancy Drew
in action; Ni kes malas nak double check lah ni.. =___=
Bagitahu lain, buatnya lain
Penat kitorang duduk dalam kedai, bincang dengan
tuan kedai dengan pekerja dia... Diorang pun dah tulis semua
spesifikasi yang kitorang nak. Tapi draftnya lain sungguh.. Dah
bincang dah patutnya doa depan sekali, kemudian nama
jemputan semua, dan belakang sekali sepatutnya map: hasilnya pulak lain sangat,
nama jemputan, kemudian map, akhir sekali baru doa.
Untuk
bunting yg dia bg free pulak; Is dah cakap tak kesah design macamana
tapi Is taknak design yang ada unsur binatang, termasuklah burung.
Dan hasilnya? Draft bunting tu masih ada unsur burung. Disebabkan Is
penat nak tegur mereka lagi, dan nak elakkan conflict, Is email je
mereka untuk proceed dan tanya samada full payment kena buat sebelum
atau selepas print? Igtkan akan reply lambat lagi. Rupenye Is salah.. Oh.
Pasal payment laju pulak reply... Diorang suruh bayar dahulu
baru mereka proceed untuk print. Is bukannya daif sangat... Is tahu
kebanyakan kedai minta kita bayar berapa puluh percent sebelum print dan
full payment waktu nak ambil kad nanti. Tapi Is tetap beritahu je
tunang pasal kena langsaikan bayaran dan minta dia liaise dengan
kedai tu. Nasib baik tunang Is ambil kesempatan waktu pergi buat
bayaran dekat tuan kedai tu untuk betulkan semua yang kitorang tak puas
hati sebelum minta mereka proceed termasuklah design bunting yg
diorang tak ikot request kami yg simple; taknak ada design unsur
haiwan. Nasib baiklah.. Is da imagine kene gunting n letak something else untuk cover design tu pd bunting.
Cakap tak serupa bikin
Sebelum buat bayaran,
diorang kata printing boleh siap dalam 5 hari. Selepas buat bayaran,
diorang betulkan dengan mengatakan printing boleh siap selepas 5 hari
masa bekerja tak termasuk sabtu dan ahad, jadi akan siap isnin atau
selasa. Itu pon boleh diterima lagi lah... Is prepare je la nk
collect isnin/selasa tu. Tapi minggu yang kad tu patut siap pulak, Is masih kurang yakin dgn diorang ni.. so Is call sebab nak tanya progress
printing kad, owner tu kata dah siap print cuma nak emboss dan kata
akan siap hari rabu pulak. Ok... tukar lg jadual supaya free hari
rabu. Hari selasa pulak Is message lagi tanya progress kad dan samada
boleh datang collect ke tidak rabu besoknya tu (mmg Is da sangat tak yakin dgn diorang ni). Sampai ke petang rabu tu Is tunggu...
langsung tak reply. Dah give up betul dengan layanan kedai mereka, Is
serahkan followup tu pada tunang.
Sekejap je terus tunang Is beritahu
yang sebenarnya owner tu ada problem dengan machine, jadi tak boleh emboss.
Is marah betul!! Kenapa la tak jujur cakap je? Tak perlulah Is asyik
kena rearrange masa sebab ingat nak kena collect kad tu! Nasiblah
tunang Is take action untuk call dan marah2 orang kedai tu dan akhirnya
mereka cakap akan hantar sendiri kad ke rumah Is hari Jumaat petang dan
akan bayar balik wang yang kitorang bayar untuk buat emboss. Bila dah
dekat petang, Is dapat message dari tunang yang bagitahu mereka akan
datang pukul 9 malam. Dengan setianya Is tunggu... tapi kakak
ipar heret juga makan kat luar katanya “Orang tu dah banyak kali tak
tepati janji kau ingat dia nak tepati janji ke skarang?” Memang betul
pon.. waktu ktorg keluar mkn dlm pukul 9 dapat lagi call dari tunang,
owner kedai kata ada hal pulak dan akan datang pukul 11 malam. Kena
tunggu lagi... mata Is dah kuyu menanti.
Yang paling Is marah;
bukan sebab diorang datang kul 11.40pm, tp hakikat yang kenapa oh kenapa dah tahu
nak datang rumah Is bukan rumah tunang, tapi call jugak nombor tunang Is
just untuk bagitau da sampai depan rumah Is? Tunang Is sendiri yang call Is suroh keluar sebab diorang dah depan rumah. Kononnya alasan dia bg dekat tunang Is, tak dapat reach no. Is.
Penipu sungguh!! Is memang duduk sebelah fon je, setia menunggu in case diorang
nak call bgtau dah sampai. Ni confirm2 samada; takut dengan Is (padahal Is takdela mara2 pun macam tunang Is), atau mungkin dah hilang borang yang Is tulis
semua details tmasuklah no. Is, atau juga gatal nak call jugak tunang Is..
T__T
Tak berani pulak nak own up
Yang angkut berbox2 kad
sampai dalam rumah Is tu bukan owner tu tapi seorang laki. Mungkin
husband atau pekerja owner, Is tak tahu. Lelaki tu jugak yang tolong
bayarkan balik duit yang kitorang bayar untuk emboss. Owner kedai
pulak duduk je dalam kereta tak keluar2. Personal apology pon tak reti2 nak buat ke minah nieeee? Geram betol Is.. Is plak tak sampai hati nak
marah lelaki tu sebab dia bukan antara pekerja atau owner yang
terbabit sewaktu berurus niaga, mungkin jugak lelaki ni tak tahu apa2
jadi Is try remain calm. Tp Is masih tak percaye pada diorang ni
walaupon dah check kad, bunting semua ok... Ternyata fikiran Is betul
bila Is question dia, “cukup 700pc kad ke dalam box2 nie?”
lelaki tu macam terkejut dan cakap, “eh bukan 1000pc ke?” Is
terkejot betul and cakap kitorang cume order 700pc je. Cepat2 lelaki
tu masuk balik dalam kereta dan dia kembali semula dan cakap bagi
pihak owner yang berdegil lagi tak mau jugak keluar dari kereta, “Kami
tersilap print... Ade 1000pc kad dalam box tu.” Is terdiam...
dalam hati, kalau diorang berani mintak kitorang bayar.... memang Is
akan heret jugak owner tu keluar dari kete, mintak dia berdepan terus face-to-face.
Time tu mmg tahap kesabaran dah tercabar. Tapi nasib baik lelaki tu
cakap “tapi takpe, kitorang bagi free je 300pc tu.”
. . . . . . . . . . .
Ikutkan hati memang Is nak buat kecoh dekat facebook dia, tapi si dia tak bagi. Katanya kitorang nak bina masjid, tak elok marah2 (pdhal dia pon dah marah2 owner tu). =P Takpelah.. yang penting semua dah selesai.. Majlis pon da lepas. Cuma jadikan ni sebagai peringatan untuk BP supaya berhati2 waktu pilih vendor. Hati2 terutamanya mereka yang nak beli kad di Pertama complex. Is taknak bagitau nama kedai dia, tapi hati2lah ye.
Berat
sungguh dugaan pasal kad tu... Family Is pulak time tu tak habis2 tanya bila
kad siap, bila nak agihkan kad, etc.. sampai Is dah tak tahu nak
cakap apa lagi. Panas je hati memanjang... Tapi Is akui nie ade
hikmah jugak sebab:
1) Is tak perlu penat2, susah2 pegi ambik kad nie,
dier hanta direct ke rumah.
2) Dapat free 300pc kad lagi.
3)
Untung kitorang cuma bayar RM598 je dpt 1000 kad kertas mahal jenis ala2 laminated tu sekali dgn bunting.
1 Orang Cakap Hai! :):
thanks for sharing
Post a Comment