Sunday

Ideas: Barang-barang Hantaran

  • Wang hantaran
  • Sirih junjung / sirih duduk
  • Barang Kemas
  • Makanan.
  • Barang penjagaan diri
  • Kelengkapan solat
  • Kain dan/atau kain songket
  • Barang Techno
  • Kasut
  • Handbag (perempuan) / Wallet (lelaki)
  • Bahan bacaan


Wang Hantaran


Duit Hantaran tu sememangnya BP lelaki perlu beri kepada pihak perempuan. Dulu2, ia biasanya dalam bentuk kepingan duit kertas yang digubah bermacam gaya. Tapi sekarang orang bagi cheque je~ :D



Hantaran by Kayangangallery.


Sirih Junjung / Sirih Duduk


Terpulang lah BP nak buat cemane.. ikut adat, memang kena ada. Samada BP nak ambil daun sirih Cik Kiah sebelah rumah dan DIY sendiri; atau BP boleh beli je yang artificial.


 

Barang Kemas


Senang, jadikan cincin, rantai, atau gelang yang BP nak bagi kat pasangan sebagai salah satu hantaran. Letak je atas dulang dan hias elok2. Waktu nak sarung nanti baru ambil dari dulang.

Hantaran by Lino Block.

 

Makanan


Orang kata, “The way to a man's heart is through his stomach”. :) Kalau tak tau nak bagi apa lagi, BP bagi je berdulang2 makanan. Senang! Kalau bagi buah, oleskan dengan minyak sikit agar nmpk shiny. Kalau BP suka bake, nilah juga peluang untuk impress family belah sana! Is buat biskut.. Tapi last2 letak dekat meja candy buffet jeee sebab tak rasa ianya worthy untuk letak atas dulang hantaran yang berjirankan barang2 lain.. Maklumlah, tak se-gah famous amos, yuu! ;(

Hantaran by Myhoneyy.

 

Barang penjagaan diri 

Yang Is maksudkan tu macam set perfume ke, facial wash ye.. So far tak pernah lagi nampak pencukur bulu ketiak atas dulang hantaran. Kalau ada bagitau Is. Manelah tau Is ketinggalan zaman. Anyway, cara paling jimat untuk option ni BP boleh beli yang non-ori atau pilih brand yang kureng famous sebab sah2 la lagi murah. 


Hantaran by Hantaran-By-Heidi.




Kelengkapan Solat


Barang solat ni seperti Al-Quran, sejadah, songkok atau telekung. Sejuk hati dengar... :) Sekurang-kurangnya jadi peringatan kepada kita semua. Lepas kahwin jangan pulak gadai yang wajib. In a sense, sangat sweet... Seolah2 pasangan tu nak bawak kita masuk syurga, bukan “for as long as I live jeeeeee, hokeh!


Hantaran by Sirihdjunjung.


Kain dan/atau Kain Songket


Ramai orang cakap pemberian kain pasang untuk buat baju nikah adalah wajib. Heii siapa kata? Takde tulis dalam Al-Quran pun? Itu optional. Cumanya, benda ni dah jadi kebiasaan. Tapi nak bagi ke tak, itu pilihan masing2. Bukan semua orang nak buat baju nikah sendiri. Time Is, baju dengan kain tu sekadar nak pakai waktu majlis khatam je. Lagi jimat actually kalau sewa ikut pakej perkahwinan especially waktu ada promosi, tapi terpulanglah.

Hantaran by Syaeyna.


Barang Techno


Macam Sony Z1 ke, PSP ke.. Waaahh...! Kelaaas kau Maria! Kaya sungguh! Hehe. Kalau betul pasangan BP memang gilakan tech stuff macam tu, apa salahnya... Boleh sangat kalau nak buat jadi hantaran... Senang, masuk dalam peraduan atau contest yang offer hadiah ni. Dengan harapan dapat menang lah ye! ;D


Hantaran by Rayyanstudio.


Kasut 


Take note ye, BP. Banyak butik perkahwinan bagi offer accessories dan pakaian lengkap untuk perempuan sahaja. Diorang biasanya tak provide kasut lelaki. Seeloknya, belikan si dia sepasang kasut that at least waktu majlis nanti dia tak end up dtg pakai selipar jepun... Serious! Tapi untuk selamat, beli je sepasang kasut untuk 2-2; pihak lelaki dan perempuan. Sebab ada juga butik perkahwinan yang takde saiz kaki BP perempuan termasuklah saiz 5 yang standard size tuh. (cakap atas pengalaman sendiri *batuksengaja*)

Hantaran by Wansite.


Handbag (Perempuan) / wallet dan belt (Lelaki)


Peringatan time nak pilih handbag: jangan pilih yang besar sangat, sebab kena ingat. Benda ni nak letak atas dulang hantaran. Karang tak muat pulak... Wallet untuk lelaki ni senang sangat... BP beli je set wallet + belt. Biasanya dah siap dengan kotak dan ada juga yang sekali dengan pen.


Hantaran by Ilhamsofea-alshahir.



Bahan bacaan


BP boleh juga berikan buku ilmiah atau yang berkaitan dengan alam perkahwinan/rumahtangga. Kalau pasangan BP tu bookworm, laaagi sesuai! “Aku Terima Nikahnya” adalah antara buku yang sering dijadikan pilihan sebangai hantaran. Is sebenarnya nak bagi buku novel “The Accidental Proposal”, sekadar gurauan. Tapi takut nanti orang tua angkat kening pulak. :P

Hantaran by Purplerina.



...

Actually, BP tak payah pening sangat fikir barang apa yang nak dijadikan hantaran. Tak kesah lah apa yang BP pilih, yang penting ianya pemberian ikhlas buat bakal suami/isteri BP............. (Cuma pastikan within budget lah yeh). ;)

0 Orang Cakap Hai! :):

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting