Sunday

DIY Photoprops

BP perlukan:

1. Set Kertas keras (Is guna cardstock hitam yang dah sedia ada).
2. Gunting.
3. Glue-stick.
4. Stick panjang atau, Option Jimat: guna-balik lidi sate (basuh dulu la.. hehe). 
5. Glue-gun.

Cara-caranya...

1) Edit dan print gambar yang ingin dijadikan sebagai photoprops. Is guna software Photoscape je. Bagi BP yang kurang familiar dengan teknik editing ni, boleh m'google. Banyak photoprops percuma untuk download, khas untuk DIY-ers. Tak apa kalau ada kotoran atau hasil printing pecah sedikit, kebiasaannya orang tak perasan sangat pun.


Gunting kertas A4 yang di-print tadi.


2) Gunting bahagian photoprops sekemas mungkin. Waktu ni BP boleh lah alter sendiri photoprops dengan menggunting bahagian yang buruk atau hasil print yang pecah.


Gam guna glue-stick.


3) Sapukan glue-stick pada photoprops tadi, dan tampal elok-elok atas cardstock. Gunakan satu tangan dan tekan dari satu point photoprops tersebut ke arah bertentangan bagi mengelakkan gelembung.


Gunting lagi.


4) Gunting cardstock tadi mengikut bentuk photoprops. Biarkan ada lebihan sedikit pada cardstock kalau nak berikan kesan timbul pada photoprops. ** Is recommend lepas step ni, kumpul semua photoprops dan letak bawah timbunan buku2 berat. Especially kalau ada kesan melengkung hasil dari aktiviti menggunting tadi. Biarkan sehingga photoprops kembali kemas.


Gamkan lidi menggunakan Glue-Gun.


5) Gamkan lidi atau stick di bahagian belakang photoprops menggunakan glue-gun. Kalau BP guna stick panjang yang mahal tu, seeloknya elak dari tersalah potong.. Is galakkan untuk measure dulu sebelum potong stick supaya takde photoprop yang tertinggal tanpa stick nanti.


Hasilnya.

Itu je... Dah siap, dan sedia untuk bergambar!

0 Orang Cakap Hai! :):

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting