Friday

Tips: Restu Keluarga

Setiap orang ada cerita cinta masing-masing. Ada yang bertuah, bercinta dengan seorang sahaja dan dengan mudah, terus berkahwin tanpa sebarang halangan. Tapi ada juga yang bercinta macam nak rak, tapi akhirnya ahli keluarga family lelaki tak boleh terima si perempuan. Ada pula tu, keluarga sendiri yang tak bkenan dengan si lelaki.

Namun jangan pula disebabkan family tak suka, terus buat keputusan dan katakan kamu berdua takde jodoh. Tuhan Penentu Jodoh. Bukan manusia. Mana tahu ini hanyalah ujian bagi kamu? Begitu tipiskah perasaan kamu terhadap pasangan kamu? Sanggupkah kamu berusaha untuk mendapatkannya?

Untuk memudahkan, bila berhadapan dengan masalah ni, cuba selidik dulu 3 perkara;
  1. Apa yang mereka tak boleh terima. Adakah ianya boleh diubah/tak boleh diubah?
  2. Bolehkah si lelaki/si perempuan mengubah sikap/benda yg family mereka tak boleh terima.
  3. Sanggupkah si lelaki/si perempuan mengubah sikap/benda yg family mereka tak boleh terima.

Jika perkara yang family tak boleh terima tu sesuatu yang memang si dia tak boleh ubah (contoh kata macam sifat fizikalnya yang rendah), sehendaknya cuba dapatkan family untuk menerimanya. Pujuklah mereka dengan lembut. Galakkan juga pasangan untuk datang melawat dan mengambil hati ahli keluarga, terutama sekali mak ayah. Sungguh manusia tak sempurna, namun setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri. Jadi tunjukkanlah kelebihan pasangan kepada mereka, dengan harapan ianya dapat mengaburi pandangan keluarga terhadap keburukannya.

Untuk perkara yang boleh diubah pula, contoh seperti; sikap si lelaki yang suka berpoya-poya dan sangat sosial. Tapi bolehkah dan sanggupkah si lelaki itu berubah? Seeloknya bagi ruang untuk si lelaki berubah dengan seikhlas hati kerana Allah. Kalau dia berubah hanya semata-mata untuk berkahwin sahaja, tak mustahil selepas kahwin dia boleh berubah kembali seperti dulu. Akhirnya family tak suka jugak.. Masalah apabila kahwin nanti jauh bezanya dari sebelum berkahwin.

Tapi kebiasanya kalau family perempuan tak setuju akan perkahwinannya dengan si lelaki; ini mungkin adalah sebab si lelaki tak berharta / berpelajaran tinggi / mempunyai kerja yang tetap. Selalu kalau dengar ada orang nak kahwin, perkara pertama yang orang akan tanya ialah “Lelaki tu kerja apa?”. Jarang dengar cerita lelaki di-reject family si perempuan atas sebab tak hensem. Cerita si lelaki di-reject si PEREMPUAN sebab tak hensem tu adalahh.

Jika perkara yang tak disukai keluarga itu boleh diubah, tetapi pasangan tidak mahu dan tidak sanggup untuk mengubahnya, mungkin kita kena muhasabah diri dan consider samada nak teruskan lagi hubungan atau tidak.

Sungguh perkara yang paling menakutkan ialah pabila ibubapa tak redha akan hubungan kita. Walaupun kita berkahwin juga, percayalah mesti ada yang tak kena nanti. Doa ibubapa ni mustajab... Bila dah kahwin, mungkinlah syurga isteri dibwh tapak kaki suami, tetapi syurga suami tetap dibwh tapak kaki ibu, mertua tak mertua.. jadi berbaik2 lah dgn mereka. Sikit pun tak rugi.

Apa yang kamu boleh buat ialah usaha. Buat solat istikharah, dan berdoa agar dilembutkan hati mereka sekiranya betul dialah jodoh kamu. Cuba semampu boleh untuk meraih restu family. Ubahkan benda yg mereka tak suka, cuba ambil hati keluarga si dia. Kalau dah cuba macam2 tp still macam tu jugak.. Baru lah undur diri. Sekurang-kurangnya kamu tahu kamu dah cuba sebaik mungkin. Bersangka baik pada Allah. Ada hikmah atas segalanya. Wallahualam.

0 Orang Cakap Hai! :):

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting